MALAYSIA

Saya tak kisah siapa jadi MB Selangor - Azwan Ali

Astro Awani 19/08/2014 | 05:35 MYT
Saya tak kisah siapa jadi MB Selangor - Azwan Ali
Pengacara popular, Azwan Ali berkata dia tidak kisah siapa pun dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam tweetnya, Azwan berkata pihak yang menuduhnya kecewa itu sebagai "bangkai bernyawa" ekoran abangnya Azmin Ali yang tidak tercalon di dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Gombak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Azwan, dia tidak kisah mana-mana calon dilantik kerana tidak ada seorang Menteri Besar pun yang pernah memberikannya minum walau segelas air kosong.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azwan sebelum ini dikatakan `terasa' dengan tweet Pemuda UMNO Puchong yang menuduhnya mengamuk kerana Azmin tidak terpilih sebagai calon menteri besar.
Tweet itu, walau bagaimanapun, telah dipadamkan.
Azwan turut memberi amaran kepada Pemuda UMNO Puchong supaya tidak mengaitkannya lagi dengan isu berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azmin #azwan #Menteri Besar #Pemuda UMNO Puchong #Twitter