Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan meminta pihak lain menjalankan kutipan sumbangan bagi membayar ikat jamin seperti yang tular di media sosial.
Katanya, beliau kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jaminan akan diuruskan bermula esok oleh ahli keluarga dan peguamnya.
"Saya berterima kasih kepada saudara-saudari atas sokongan dan kesudian membantu saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak pernah meminta mana-mana pihak meraih sumbangan seperti tular di media sosial.
"Saya kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jamin akan diuruskan mulai esok oleh ahli keluarga dan peguam saya. Semoga saudara-saudari dapat doakan kekuatan dan kesihatan untuk saya dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan, di Facebook miliknya, hari ini.
BACA: Kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak
BACA: 'Saya bukan pencuri, saya hendak keadilan'- Najib
Seorang pengguna Facebook yang mendakwa penyokong setia Najib memuat naik status bagi mengumpulkan sumbangan dana khas bagi membayar jaminan agar beliau tidak dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebagai tahanan reman.
"Saya mewakili penyokong setia Najib membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Najib akibat dendam sang pemerintah hari ini yang bernafsu Firaun.
"Sebagai tanda sokongan kepada Najib. Saya mohon kepada semua sahabat-sahabat saya untuk menyumbang seikhlas hati agar Najib tidak dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebagai tahanan reman sebelum 28 September ini," katanya.
Sementara itu dalam status lain yang dimuat naik, Najib menyatakan keyakinan bahawa kebenaran akan terserlah.
"Setiap manusia ALLAH berikan kelebihan dan kekurangan. Setiap hari kehidupan ada nikmat dan ujian . Terima kasih kepada semua yang doakan untuk saya.
"Hanya ALLAH sahaja mampu membalas, hanya Allah sahaja tahu apa yang saya rasai dan lalui. Saya yakin kebenaran akan terserlah," katanya.
Najib hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 25 pertuduhan iaitu empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM2.28 bilion.
Najib, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi kesemua pertuduhan tersebut.
Bagi empat pertuduhan di bawah akta SPRM, Najib didakwa sebagai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion.
Suapan berkenaan diperoleh dengan cara memberi jaminan kepada Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) bagi membolehkan TIA mendapat pinjaman sehingga RM5 bilion serta memutuskan kerajaan mengambil alih TIA menyebabkan nama badan itu ditukarkan kepada 1MDB.
Sinar Harian
Thu Sep 20 2018
Kata Najib, beliau kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jaminan akan diuruskan bermula esok oleh ahli keluarga dan peguamnya.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.