'Saya tak pernah minta Anwar tarik pertuduhan rasuah' - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Julai 23, 2023 23:15 MYT
Ahmad Zahid semasa Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, Machang pada Ahad. - Gambar SINAR HARIAN
MACHANG : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik 47 pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya ketika ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia untuk berdepan dengan pertuduhan itu.
"Saya tidak minta pertuduhan itu ditarik," katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Sinar Harian
#Zahid Hamidi #47 kes rasuah #Timbalan Perdana Menteri #PM Anwar Ibrahim