awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2024
06:56 MYT
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib ketika berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa beliau tidak berdendam terhadap pihak yang didakwa merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga dituduh melakukan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Perdana Menteri itu, bagaimanapun berkata, pihak yang terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat nanti.
Najib, 71, berkata demikian semasa prosiding bela diri atas empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Beliau dalam pada itu menegaskan, seteru politiknya dipenuhi dendam dan mengeksploitasi sistem yang mereka kawal terhadap individu yang tidak mampu mempertahankan diri.
"Pada mereka yang mengkritik saya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri atas alasan, kononnya memperjuang hak asasi dan reformasi institusi, adakah ini Malaysia yang anda impikan?
"Saya juga rakyat negara ini, bukankah saya berhak mendapat keadilan sama seperti orang lain, mengapa dihalang untuk mendapatkan keadilan?
"Saya seorang lelaki yang tua dan lemah sehingga terpaksa hadir ke mahkamah meskipun dengan berkerusi roda dan disorong oleh orang lain," katanya ketika membacakan pernyataan pembelaan di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan).
Prosiding bersambung 6 Januari tahun depan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#1MDB
#tiada dendam
#kes rasuah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan