Setiausaha Majlis Pimpinan PKR negeri, Amirudin Sahri hairan namanya diselit di dalam kenyataan media KEADILAN Selangor yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam posting Tweetnya yang terbaru, Amirudin hairan kerana kenyataan media itu berbeza daripada draf yang dibincangkan sebelum ini.






Difahamkan, draf yang dibincangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Wan Azizah untuk dibawa ke peringkat perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Kenyataan bercanggah itu menyebabkan Zuraida meminta mengguna kenyataan medianya yang diberi selepas kenyataan media yang didakwa palsu diedar.

Menurut kenyataan MPN Selangor, mereka menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun harus mempertimbangkan Azmin berdasarkan sokongan yang diterimanya.

Sementara itu, sumber dalaman DAP memberitahu beberapa ADUN) DAP Selangor berpendapat Abdul Khalid perlu dikekalkan kerana prestasi baiknya menerajui negeri itu.