Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.
Bercakap ketika merasmikan Konvensyen Umno Kedah selama dua hari bermula hari ini, Najib, yang juga Presiden Umno, berkata kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.
"Saya sebagai perdana menteri dan presiden parti akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara. Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat cara telus.
"Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan," kata beliau pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Konvensyen Umno Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 Umno Bahagian di negeri itu.
Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata kerajaan pusat perlu menunggu terlebih dahulu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.
"Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya," katanya.
Kerajaan negeri bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion bagi merangsang ekonomi di utara tanah air.
Sementara itu perdana menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri supaya kerajaan pusat menukarkan pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini kepada geran.
"Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman) saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah," katanya.
Bernama
Sat Mar 14 2015
NAJIB: Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan. -Gambar fail
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.
Badan kehakiman Malaysia terus berfungsi tanpa memihak dan rasa takut - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara memberi jaminan badan kehakiman Malaysia akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.
Jadilah Pembela Merdeka dalam PRU15 kerana Malaysia layak dapat yang lebih baik!
Kemerdekaan bukanlah menggantikan satu set elit pemerintah yang kebal di sisi undang-undang dengan satu set elit pemerintah yang lain yang juga kebal di sisi undang-undang.
Iktiraf prinsip asas kedaulatan undang-undang demi kebebasan badan kehakiman - Karen Cheah
Karen Cheah juga berpendapat, badan kehakiman perlu kekal bebas untuk memastikan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan dapat dipikul sebaiknya.
Israel negara penjenayah yang perlu dikecam - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.
Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar
Anwar berkata keyakinan tinggi itu adalah bersandarkan kepada "dasar-dasar Malaysia yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang stabil dan bersih."
'Malaysia Baharu' sepatutnya lebih baik daripada kerajaan sebelum ini - PM
Dr Mahathir berkata Malaysia Baharu bermaksud kerajaan akan kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat.
Mansuhkan fungsi Pendakwa Raya daripada Peguam Negara
Presidennya George Varughese berkata adalah penting untuk memisahkan pejabat Peguam Negara daripada pejabat Pendakwa Raya.
Saya tidak akan lindungi apa-apa kesalahan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.