MALAYSIA

Saya tidak gembira - KP SPRM

Zaim Ibrahim 22/05/2018 | 04:34 MYT
SHUKRI: Saksi kami dilarikan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull mengakui 'tidak gembira' untuk menjawat semula jawatan tertinggi itu.

“Kalau wartawan tanya adakah saya gembira untuk menerima jawatan itu, saya tidak gembira.

“Tetapi saya lakukan ini atas tanggungjawab saya demi negara,” kata beliau dalam sidang media pertamanya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Tambahnya, beliau kembali ke SPRM untuk menyelesaikan perkara yang belum dapat diselesaikan ketika bertugas sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementera itu, beliau mendedahkan bahawa dirinya 'hampir mati' ketika menjalankan siasatan mengenai SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mohd Shukri merupakan individu yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




Dalam siasatan itu, lebih 100 saksi diambil keterangan biarpun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Pada 3 Oktober 2016, beliau memilih untuk bersara wajib dan jawatannya digalas oleh Datuk Seri Azam Baki.

Ketika di majlis persaraannya, beliau yang telah berkhidmat bersama SPRM selama 32 tahun pernah diugut dengan peluru hidup, diperangkap dengan dadah, dan diserang penyakit misteri.
#1MDB #kerajaan #Ketua Pesuruhjaya #Korupsi #negara #pelantikan #Rasuah #SPRM #SRC International