MALAYSIA
“Saya tidak pernah terima wang suapan RM2.8 juta” - Bung Moktar
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri) dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad (kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar, 65, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima apa-apa wang suapan berjumlah RM2.8 juta daripada dua ejen pelaburan berhubung pelaburan sebanyak RM150 juta yang dibuat oleh Felcra Berhad.
Ringkasan AI
Dua ejen pelaburan itu ialah Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar yang mana jumlah wang suapan bernilai RM2.2 juta, RM 262,500 dan RM337,500 didakwa didaftarkan melalui akaun isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad.
“Saya tidak pernah memperoleh atau menerima untuk diri saya secara rasuah atau sebaliknya wang suapan sebanyak RM2.2 juta daripada daripada Madhi melalui isteri saya, Zizie Izette sebagai dorongan untuk saya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II (pada ketika itu) untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad,” katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu juga menyatakan, beliau tidak pernah tahu bahawa isterinya, Zizie Izette A Samad, 46, menerima wang sebanyak RM2.8 juta tersebut masing-masing pada 12 dan 17 Jun 2015 yang merupakan hasil wang pelaburan unit amanah.
“Saya tidak pada bila-bila masa dimaklumkan oleh isteri saya mengenai penerimaan wang tersebut.
“Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana orang mengenai hal tersebut sehinggalah saya dipanggil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How dan peguam bela, M Athimulan yang mewakili Bung Moktar.
Perbicaraan akan bersambung semula pada Rabu, 3 September, pada pukul 9 pagi.
Pada 22 Mei lalu, Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette gagal untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan.
Mahkamah Rayuan pada 18 November 2024 memerintahkan pasangan suami isteri itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 September 2023.
Pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.
Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar, menafikan menerima wang suapan RM2.8 juta berkaitan pelaburan RM150 juta Felcra Berhad dalam unit amanah Public Mutual, dan mendakwa tidak dimaklumkan oleh isterinya, Zizie Izette, mengenai wang tersebut.
- Perbicaraan kes rasuah diteruskan selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan, dengan Bung Moktar didakwa menerima suapan melalui akaun isterinya pada Jun 2015.
- Ketika perbicaraan, Bung Moktar menyatakan beliau hanya mengetahui tentang wang tersebut selepas dipanggil SPRM untuk siasatan sekitar tahun 2016 atau 2017; kes akan bersambung pada 3 September.