MALAYSIA
“Saya tuai setakat yang mampu” - Pekebun tangguh tanam semula sawit
Seorang pekerja menolak kereta sorong yang sarat dengan tandan sawit di sebuah ladang di Ijok, Malaysia pada 14 Mei 2025. - Gambar hiasan/Reuters
IJOK: Industri sawit negara bakal berdepan cabaran apabila ada segelintir pekebun kecil menangguhkan proses penanaman semula, bimbang kehilangan pendapatan dalam jangka masa panjang, lapor Reuters.
Ringkasan AI
Tinjauan turut mendapati, faktor kewangan dan tiada sumber pendapatan alternatif mendorong pekebun kecil kekal memetik hasil dari pokok yang sudah lama dan tinggi.
Mohd Sahman Duriat, 57, pekebun kecil dari Ijok berkata rata-rata pengusaha sawit akan memetik buah sawit di pohon yang menjangkau 30 tahun sebelum menimbangkan untuk melakukan penanaman semula.
“Kita tak ada hasil lain, Itulah hasil kita kadang-kadang, jadi, kita drag (lanjutkan) sampai 30 tahun lebih barulah kita tanam semula, (secara) underplanting iaitu di celah-celah pohon, tanam yang baharu.
“Sementara tunggu besar, mungkin dalam setahun atau dua tahun nak berbuah, dia tebang yang pokok besar, jadi tak lama menunggu hasil buah baharu itu, kalau kita tebang semua, mungkin dalam tiga hingga empat tahun baru kita nak ambil hasil,” katanya.
Skim geran padanan kerajaan katanya hanya menampung 50 peratus kos penanaman semula, memaksa pekebun kecil menanggung baki kos sendiri.
Bagi yang berusia lebih 70 tahun sepertinya, mereka turut diwajibkan menyediakan penjamin untuk mendapatkan pinjaman bank.
Suratmen Mosmen, 85, dan Mohd Radi Mohd Nor, 75, pula tidak melaksanakan penanaman semula kerana kos yang tinggi.
“Sebab hasil lain tiada dan mengharapkan hasil sawit untuk sara keluarga, jadi saya tidak masuk tanam semula, saya biarkan saja sawit ini, kita sabit mana yang mampu sampai 20 kaki, 25 kaki,” kata Suratmen.
“Sekarang semua mahal,racun, baja malah upah petik (buah sawit) pun mahal. Sekarang satu tan sudah seratus (RM100),” kata Mohd Radi.
Tindakan pekebun kecil ini dijangka memberi kesan kepada kerajaan apabila kadar penanaman semula di Malaysia hanya purata dua peratus dalam tempoh lima tahun lepas, separuh daripada sasaran.
Tanpa pelaburan segera dalam penanaman semula, pakar industri memberi amaran mengenai krisis produktiviti yang boleh meluaskan jurang bekalan global dan mendorong kenaikan harga.
Pakar industri sawit, M R Chandran berkata terdapat 630,000 hektar ladang kelapa sawit yang berusia lebih 25 tahun di mana ketinggiannya mungkin mencecah 38 hingga 40 kaki dan menyukarkan pekebun untuk memetik buah.
“Jika tahun ini hasilnya adalah 3.5 peratus; tahun depan, ia sepatutnya sekurang-kurangnya meningkat dua peratus daripada 3.5 peratus itu.
“Jika tiada peningkatan dua peratus dalam hasil tahunan, anda tidak akan mampu bertahan disebabkan inflasi,” katanya.
Ringkasan AI
- Penanaman semula sawit ditangguh oleh pekebun kecil: Ramai pekebun kecil enggan menanam semula kerana bimbang kehilangan pendapatan dan tiada sumber alternatif, walaupun pokok sudah tua dan sukar dituai.
- Kos tinggi dan bantuan terhad jadi penghalang: Geran kerajaan hanya tampung 50% kos, manakala pekebun berusia perlu sediakan penjamin untuk pinjaman; kos racun, baja dan upah turut meningkat.
- Kesan kepada produktiviti dan bekalan global: Kadar penanaman semula hanya 2% dalam lima tahun, jauh dari sasaran; pakar beri amaran risiko krisis produktiviti dan kenaikan harga jika tiada pelaburan segera.