awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tukar nama sebab ...' - Wani Selamat ubah nama Wani Syaz

Gempak
Gempak
16/11/2018
04:00 MYT
'Saya tukar nama sebab ...'  - Wani Selamat ubah nama Wani Syaz
Jelas Wani, 'penjenamaan' baharu itu disifatkan relevan atas dasar terlalu ramai peminat yang keliru antaranya dan Wany Hasrita serta Wanie Kayrie. - Foto Astro GEMPAK
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pendusta Cinta, Nur Syazwani Selamat, 23, selesa menggunakan panggilan pentas baharunya, Wani Syaz.
Jelas Wani, 'penjenamaan' baharu itu disifatkan relevan atas dasar terlalu ramai peminat yang keliru antaranya dan Wany Hasrita serta Wanie Kayrie.
"Disebabkan awal-awal dulu keluar jadi penyanyi dengan nama Wani sahaja, tak sangkalah pula ada penyanyi lain yang menggunakan nama yang sama. Ada Wany Hasrita dan Wanie Kayrie.
"Apabila keluar mesti orang akan panggil saya Wany Hasrita atau Wanie Kayrie. Jadi saya rasa tahun ini saya perlu tambah nama di belakang.
"Jadi, saya letaklah Wani Syaz supaya orang tak keliru," katanya kepada Gempak.
Wani yang ditemui pada Parti Road To Final Gegar Vaganza 5 di Ruyi & Lyn Bangsar malam tadi mula menukar namanya sejak dua bulan lalu.
"Sejak menukar nama menjadi Wani Syaz, sebenarnya saya sendiri masih rasa pelik nak panggil diri sendiri dengan nama itu tetapi kena biasakan jugalah," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Wany merancang untuk merakamkan sebuah lagu duet bersama Wany Hasrita.
Bagaimanapun, genre lagu masih belum difikirkan.
"Saya sukakan genre lagu yang catchy tetapi ramai yang mahukan kami merakamkan lagu irama tradisional. Kita tengok macam mana nanti," kata Wani lagi.
Topic Berkaitan
#karier
#Nur Syazwani Selamat
#selebriti
#Wani Kayrie
#Wani Syaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan