KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah yang dikemukakan pada saat-saat akhir agar beliau menarik diri daripada mendengar kesnya.
"Maaf kerana membuatkan semua orang ternanti-nanti. Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri.
"Saya harap unit penyelidikan maafkan saya tetapi saya tidak membaca pendapat mereka... sejujurnya, saya sentiasa melakukan sendiri tugas saya, sesusah manapun ia.
"Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat masing-masing, namun, yang penting adalah pendapat saya sendiri," katanya.
Hakim itu berkata berkata dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakan ia dalam penghakiman.
"Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya. Saya tidak mempunyai prejudis terhadap beliau (Rosmah)," kata beliau.
Mohamed Zaini berkata keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang.
"Apa jua perasaan, kita tinggalkan di luar pintu sebelum duduk di kerusi hakim," katanya sebelum menolak permohonan Rosmah.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman yang bocor dalam kes beliau dan telah ditularkan oleh media massa serta elektronik pada 26 Ogos lepas disediakan oleh pihak lain. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan berkata, beliau gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman menyebabkan beliau terpaksa menulisnya sendiri.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kes projek solar: Susulan penghakiman tular, Rosmah mohon Hakim Zaini undur diri
Rosmah berkata, terdapat ketirisan atau kebocoran, selain penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan Zaini sendiri.