Saya tunggu Azmin datang Tesco Semenyih semalam - Najib

Rahimah Abdullah
Februari 14, 2019 08:43 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Semenyih pada Rabu dan sempat bergambar bersama orang ramai di sebuah pasaraya di DUN itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan di mana kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini didakwa mengajak bekas Perdana Menteri itu di Semenyih.
Najib berkata, beliau menunggu Mohamed Azmin datang ke Semenyih malam Rabu.
"Saya tunggu dia datang Tesco Semenyih semalam. Nak aiskrim, nak biskut, semua ada. Tapi dia tak muncul-muncul," katanya dalam status di laman sosial Facebook pada Khamis.
Mohamed Azmin sebelum ini mencabar Najib berkempen di Semenyih seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.
PRK DUN Semenyih akan diadakan 2 Mac depan.
#Azmin Ali #Cameron Highlands #Najib Razak #PKR #Semenyih