awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SaySomethingNice: Apa mesej positif anda?

Syafique Shuib
Syafique Shuib
14/09/2013
23:30 MYT
#SaySomethingNice: Apa mesej positif anda?
Kempen #SaySomethingNice yang bermula pada tahun 2011 kini dibuat secara besar-besaran pada tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos sehingga Hari Malaysia pada 16 September.
“Ia untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkata sesuatu yang positif diantara satu sama lain dan juga negara ini. #SaySomethingNice merupakan kempen bersahaja namun orang ramai boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti #WriteSomethingNice, #PaintSomethingNice, #FacebokSomethingNice, #RecycleSomethingNice dan seterusnya,” kata pengasas kempen Anas Zubedy.
Tambah beliau, kempen ini tidak berasaskan keuntungan tetapi bertujuan untuk mempamerkan imej Malaysia yang positif.
“Banyak keindahan yang boleh dipamerkan oleh negara ini. Diharap 10 hingga 15 tahun pada sekarang, ia mendapat perhatian pelancong luar untuk datang dan menikmati keindahan Malaysia.
Say Something Nice
Say Something Nice
Anas berharap kempen ini mendapat perhatian seramai satu juta orang terutama sekali melalui media sosial seperti Twitter, Facebook dan YouTube untuk mereka lihat logo, hashtag atau poster kempen ini.
Tahun ini, kempen #SaySomethingNice juga diperkenalkan selepas tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana kempen dilihat sedikit-sebanyak memecah-belahkan masyarakat.
"Tidak mengapa untuk tidak bersetuju, namun mereka telah saling membenci dan hilang pula rasa hormat. Itu yang perlu dielakkan. Kita perlu saling berbaik-baik. Kini PRU-13 tamat, jadi inilah masa ahli politik untuk menjalankan kerja mereka berbanding saling menyalahkan satu sama lain,” kata Anas.
Galeri gambar: Astro AWANI juga mempunyai inisiatif #SaySomethingNice bersama petugas Astro AWANI, pelajar kolej tempatan, eksekutif muda dan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#kempen Say Something Nice
#Say Something Nice
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan