Sazali Harun dilantik Ketua Pengarah LLM yang baharu

Bernama
Mei 10, 2023 13:47 MYT
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.
Pelantikan itu diumumkan Nanta dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Kerja Raya hari ini.
Sazali menggantikan Datuk Mohd Shuhaimi Hassan yang telah bersara pada 8 Mei lepas.
"Tahniah kepada Tuan Ir Sazali Harun. Semoga tanggungjawab baharu ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan integriti dan membawa LLM ke tahap yang lebih ke hadapan," kata Nanta menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
-- BERNAMA
#Lembaga Lebuhraya Malaysia #Ketua Pengarah LLM baharu #Sazali Harun #Kementerian Kerja Raya