KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pembiayaan-Tani Inovasi Malaysia (MIAF) untuk membantu usahawan tani berkembang dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata jawatankuasa pemandu itu adalah inisiatif kerjasama yang melibatkan KPKM, Agrobank, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan SC.
"Jawatankuasa itu menyasar untuk memanfaatkan kepakaran dan sumber ahlinya untuk meningkatkan pemahaman dan penerimagunaan pembiayaan dan teknologi alternatif sektor pertanian serta membantu pertumbuhan perniagaan tani yang bersedia menerima pelaburan.
"Insya-Allah, kita akan mencapai objektif ini kerana dengan bekerjasama, kita boleh memacu perubahan positif dan memperkasa usahawan tani untuk berkembang maju dalam industri mereka," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada program Jelajah SCxSC GROW dan Persidangan Perbadanan Bioekonomi, di sini, pada Rabu.
Awang Adek berkata sejak dimulakan pada 2015, kurang tujuh peratus daripada dana yang diperoleh melalui platfom pemberian pinjaman pendanaan awam ekuiti (ECF) dan pinjaman rakan setara (P2P) disalurkan ke perniagaan berkaitan pertanian.
"Oleh itu, terdapat peluang besar bagi perniagaan tani untuk memanfaatkan kaedah pembiayaan alternatif ini untuk membantu menyokong keterjaminan makanan Malaysia," katanya.
Beliau berkata, syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia, oleh itu, penting untuk menyokong pertumbuhan mereka bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Menurutnya, selain sokongan kewangan, akses pasaran dan perkongsian juga penting bagi pertumbuhan mampan.
Di pasaran swasta, Awang Adek berkata, SC telah berusaha untuk membangunkan rangka kerja kawal selia yang merangkumi insentif untuk memastikan pengurus modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE) mampu menyokong PKS merentasi pelbagai sektor.
Beliau menjelaskan syarikat modal teroka dan ekuiti persendirian bukan sahaja menyediakan pembiayaan tetapi juga menyokong usahawan dalam usaha pembangunan perniagaan mereka.
"Ini bagi memastikan usahawan tani mendapat sokongan kewangan dan pengetahuan perniagaan yang mereka perlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.
Sementara itu, saluran pengumpulan dana pasaran swasta lain seperti pembiayaan ECF dan P2P membolehkan pelabur menyalurkan modal secara terus kepada usahawan tani dan menyediakan lebih banyak pilihan kepada syarikat pertumbuhan tinggi untuk mengakses modal.
Pada 2022, segmen pasaran swasta menyaksikan pertumbuhan ketara, dengan gabungan pelaburan berjumlah RM3 bilion daripada pembiayaan modal teroka/ekuiti persendirin, ECF dan P2P.
Selain itu, katanya, pembiayaan ECF dan P2P terus berkembang dengan lebih daripada RM4.4 bilion dikumpul sejak dimulakan pada 2015, memanfaatkan lebih 7,200 PMKS, dengan 26 kali lebih banyak pembiayaan bagi sektor pertanian pada 2022.
Untuk meningkatkan penyertaan dalam pasaran swasta, Awang Adek berkata, cabang promosi SC, Capital Markets Malaysia (CMM) telah menjalankan beberapa siri program untuk mempromosikan modal teroka korporat (CVC) yang bertujuan menyediakan pilihan amalan dan praktikal terbaik kepada eksekutif korporat daripada syarikat berhad swasta Malaysia agar mereka dapat melaksanakan lebih banyak libat urus dengan syarikat pemula niaga di Malaysia.
Beliau berkata CVC mencipta peluang untuk perkongsian pengetahuan, pengumpulan sumber dan pemindahan teknologi yang seterusnya menyumbang kepada keseluruhan pembangunan ekosistem syarikat pemula niaga di negara ini.
Mengenai Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), Awang Adek berkata program itu telah melabur dalam lebih daripada 3,600 PMKS, dengan dana berjumlah RM638 juta, sehingga akhir Disember 2022.
"MyCIF melancarkan inisiatif khas untuk melabur dalam perusahaan berasaskan pertanian yang mana kerajaan akan memadankan separuh daripada setiap ringgit yang dilaburkan ke dalam perniagaan tani.
"Hasil daripada inisiatif ini, pelaburan MyCIF dalam perniagaan tani meningkat hampir sembilan kali ganda daripada hanya RM725,000 pada 2021 kepada RM6.4 juta pada 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Awang Adek berkata, syarikat pemula niaga dan PMKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, oleh itu, penting untuk menyokong pertumbuhan mereka bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. - Gambar fail/BERNAMA
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
SC pelawa maklum balas awam mengenai rangka kerja pengurusan risiko teknologi
Penggunaan teknologi dengan luas dan pantas boleh menimbulkan risiko dalam pelbagai bidang jika tidak diurus dengan betul.
Syed Zaid letak jawatan, Awang Adek pengerusi baharu SC
Datuk Dr Awang Adek Hussin menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.
Isu pemilikan saham: SC panggil Azam Baki
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.
67,552 kes scam dilaporkan babitkan kerugian RM2.23 bilion - SC
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit.
PNB perjelas kepada SC berhubung isu pelantikan bekas Presiden
PNB memandang serius kenyataan yang dikeluarkan SC bertarikh 18 Jun 2020, sebuah penjelasan awal telah diberikan kepada SC hari ini, dan penjelasan lebih terperinci akan menyusul.
SC tumpu empat teras utama bagi tahun 2020, COVID-19 terus jejaskan pasaran modal
Pengerusi SC menyatakan bahawa COVID-19 akan terus mengganggu-gugat usaha untuk mengembangkan ekonomi, dan pasaran.
Pasaran modal negara berkembang RM3.2 trilion - SC
Menurut SC, pasaran modal Malaysia berkembang menjadi RM3.2 trilion pada tahun 2019 berbanding RM3.1 trilion tahun sebelumnya.
COVID-19: SC ingatkan pengurus dana, unit amanah, agar jaga kepentingan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan syarikat pengurusan dana dan pengurusan unit amanah mengenai kewajipan mereka.
SC beri kelonggaran kepada Penerbit Tersenarai untuk AGM, Laporan Berkala
Ini susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac 2020.
SC minta pandangan awam tentang Tawaran Syiling Awal (ICO)
SC Pelawa Maklum Balas Awam Mengenai Cadangan Rangka Kerja Tawaran Syiling Awal dan Pendanaan Hartanah Ramai. Cadangan harus dikemukakan sebelum 29 Mac 2019.