KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan penguatkuasaan sivil terhadap 10 individu pada tahun lepas dan berjaya dalam saman yang difailkan pada 2013 membabitkan Skim Pelaburan Deposit Euro.
SC dalam Laporan Tahunan 2021 yang dikeluarkan hari Ini berkata enam defendan dalam skim pelaburan Deposit Euro telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM13.35 juta selain menjejaki aset mereka dan dibayar kepada SC sebagai ganti rugi kepada pelabur.
Dalam tindakan sivil ke atas 10 individu terbabit, sejumlah RM4.96 juta telah diperolehi dari mereka melalui penyelesaian pengawalseliaan.
"Sejumlah RM2.69 juta juta lagi telah dipulangkan dari lapan individu melalui persetujuan penghakiman," katanya.
Suruhanjaya itu turut memperoleh pembayaran sebanyak RM2.5 juta melalui penalti sivil pada tahun lepas.
Sementara itu, pada 31 Dis 2021, sejumlah RM2.74 juta telah dikembalikan kepada 721 pelabur dan lebih RM1.60 juta yang diperuntukkan bagi pemulangan seterusnya yang melibatkan 501 pelabur.
Menurut SC, melalui tindakan penguatkuasaan sivilnya, lima individu telah dihalang daripada berurus niaga di bursa saham, manakala tujuh individu lagi tidak dibenarkan menjadi pengarah syarikat tersenarai awam (PLC).
Pada 2021, SC juga mengenakan sejumlah RM2.87 juta dalam penalti.
Suruhanjaya itu ketika mengulas mengenai perkembangan lain memberitahu ia telah mendakwa individu dan satu PLC pada 2021 dengan 10 tuduhan jenayah yang berkaitan dengan pelbagai kesalahan, seperti aktiviti yang tidak berlesen, pendedahan kewangan yang tidak benar termasuk pemalsuan rekod.
Di samping itu, SC bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan pelucutan aset yang berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram terhadap syarikat swasta dan satu individu yang melibatkan beberapa skim bagi menipu Bright Packaging Industry Bhd (BPI). Kes tersebut berkaitan dengan penjualan sekuriti melalui terbitan hak BPI, penempatan persendirian serta skim opsyen saham pekerja (ESOS).
Tindakan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
SC berjaya dalam dakwaannya terhadap tiga individu yang melanggar pelbagai undang-undang sekuriti, termasuk perdagangan orang dalam, pendedahan maklumat kewangan yang tidak benar dan kegagalan untuk hadir di hadapan seorang pegawai penyiasat bagi siasatan AMLATFPUAA.
Selepas sabitan, mahkamah mengenakan hukuman penjara satu hari dan jumlah denda sebanyak RM7.58 juta.
SC juga menyemak 69 pelanggaran undang-undang sekuriti, dengan lebih daripada 40 peratus kes yang dikaji berpotensi untuk tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan penipuan sekuriti, pelanggaran pendedahan serta kegiatan yang tidak berlesen, selaras dengan keutamaan penguatkuasaan SC.
Terdapat 46 siasatan aktif sehingga 31 Dis 2021, SC berkata sambil menambah suruhanjaya itu terus mendedikasikan sumber yang besar untuk menjalankan siasatan berkaitan pemalsuan sekuriti dan kesalahan memanipulasi pasaran.
Tahun lepas, SC mengajukan 36 permintaan untuk bantuan penyiasatan kepada 15 pihak berkuasa penyeliaan asing iaitu di Singapura (tujuh), Emiriyah Arab Bersatu (lima), Hong Kong (empat), tiga permintaan masing-masing dari United Kingdom, Qatar dan India serta dua lagi dari British Virgin Islands dan Sri Lanka.
China, Indonesia, New Zealand, Amerika Syarikat, Luxembourg, Arab Saudi dan Bahrain mempunyai satu permintaan masing-masing.
"SC turut memberi bantuan kepada tiga pihak berkuasa penyeliaan asing berhubung dengan empat permintaan untuk bantuan siasatan," katanya.
Sementara itu, terdapat 31 kes mahkamah yang sedang berjalan membabitkan 52 individu pada 2021 dengan kes-kes yang merangkumi salah laku korporat (22 peratus), perdagangan maklumat orang dalam (32 peratus), penipuan sekuriti (10 peratus), manipulasi pasaran (10 peratus), aktiviti tidak berlesen (10 peratus), dan di bawah AMLATFPUAA (16 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Pada 2021, SC juga mengenakan sejumlah RM2.87 juta dalam penalti.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.