awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC pelawa maklum balas awam mengenai rangka kerja pengurusan risiko teknologi

Bernama
Bernama
01/08/2022
05:17 MYT
SC pelawa maklum balas awam mengenai rangka kerja pengurusan risiko teknologi
SC menyatakan, walaupun teknologi merupakan pemboleh utama, penggunaan luas dan pantas boleh menimbulkan risiko dalam pelbagai bidang jika tidak diurus dengan betul.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai rangka kerja kawal selia yang dicadangkan berkaitan pengurusan risiko teknologi oleh entiti pasaran modal.
Landskap teknologi pasaran modal Malaysia telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan penerimaan terhadap teknologi amat penting bagi mencapai pasaran modal yang inklusif dan cekap.
''Walaupun teknologi merupakan pemboleh utama, penggunaan luas dan pantas boleh menimbulkan risiko dalam pelbagai bidang jika tidak diurus dengan betul.
"Rangka kerja kawal selia yang dicadangkan untuk pengurusan risiko teknologi adalah sebahagian daripada komitmen SC untuk meningkatkan tadbir urus dan pengawasan risiko teknologi dalam entiti pasaran modal sambil mengukuhkan lagi daya tahan teknologi mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia juga selaras dengan pembangunan dan aspirasi kawal selia SC yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 3.
Berdasarkan ini, kertas perundingan tersebut menetapkan sorotan utama rangka kerja kawal selia yang dicadangkan untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu seperti tadbir urus dan proses pematuhan, pengurusan risiko teknologi, keselamatan siber, data dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, serta prinsip yang berkaitan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML), kata SC.
Rangka kerja kawal selia yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan entiti pasaran modal dalam mengesan dan menangani pelbagai risiko teknologi yang semakin meningkat disebabkan penggunaan teknologi yang tinggi, kemunculan teknologi baharu dan ancaman siber yang semakin canggih.
Pihak awam dan orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mengemukakan komen, maklum balas dan pertanyaan mereka kepada SC sebelum 19 Sept 2022 di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suruhanjaya sekuriti
#input orang ramai
#risiko teknologi
#pengurusan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan