MALAYSIA
SCO 2025: Anwar kritik PBB, dakwa wujud defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengkritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas kegagalannya mempunyai aspirasi untuk melaksanakan agenda reformasi urus tadbir badan tersebut. - Foto BERNAMA
TIANJIN (China): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengkritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas kegagalannya mempunyai aspirasi untuk melaksanakan agenda reformasi urus tadbir badan tersebut.
Ringkasan AI
Selain itu beliau berkata, wujud defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa kerana gagal dalam mengawal ketidakadilan dalam perdagangan, struktur kewangan, serta usaha menangani perubahan iklim.
Penindasan yang kejam ke atas penduduk di Semenanjung Gaza adalah contoh paling jelas tentang kegagalan urus tadbir di peringkat global yang sedang berlaku pada masa kini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembunuhan beramai-ramai melibatkan wanita dan kanak-kanak itu menunjukkan kelemahan dan ketidakupayaan dunia, khususnya PBB untuk menghentikan genosid serta pelanggaran undang-undang antarabangsa dengan jelas.
Justeru beliau berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mendesak agar reformasi dilakukan terhadap struktur urustadbir global dengan segera bagi memastikan akauntabiliti, dan melindungi golongan yang lemah dan rentan daripada ketidakadilan.
“Ramai rakan-rakan saya di sini telah menyebut tentang kekejaman yang berlaku di hadapan mata kita sendiri di Gaza dan Palestin. Membunuh bayi dan kanak-kanak secara terbuka. Bukan sahaja di Gaza dan Palestin, tetapi kini berjangkit ke negara jiran seperti Lubnan, Iraq dan Iran.
“Dan komuniti antarabangsa seolah-olah tidak berdaya. Dan atas sebab itu saya menyokong inisiatif urus tadbir global (China), tetapi anda harus melakukannya dengan lebih bermakna, lebih agresif, mempromosi idea ini …
“… dan menyokong serta meraikan kejayaan menentang sebarang bentuk imperialisme, kolonialisme, dan tekanan,” tegasnya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan buat pertama kali Malaysia di pentas Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus di Tianjin, pada Isnin.
Memetik laporan Bernama, sidang Kemuncak di Pusat Konvensyen Meijian, Tianjin, itu dihadiri lebih 20 pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Walaupun Malaysia bukan negara pemerhati atau rakan dialog kepada SCO, namun kehadiran Anwar di sidang kemuncak itu, menyerlahkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati dalam hal ehwal global.
Perdana Menteri berkata Malaysia menyambut baik Inisiatif Tadbirurus Global oleh Presiden Xi, konsep yang beliau sifatkan mempunyai prinsip yang tinggi, serta menegaskan penghormatan kepada kedaulatan, pematuhan perundangan, kerjasama multilateralisme, serta keputusan yang dirasai penduduk.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik PBB kerana gagal melaksanakan reformasi urustadbir global dan menangani isu ketidakadilan, perdagangan serta perubahan iklim.
- Beliau menyifatkan penindasan di Gaza sebagai contoh jelas kegagalan dunia menghentikan genosid, sambil mendesak reformasi segera bagi melindungi golongan lemah.
- Anwar menyuarakan perkara itu di Sidang Kemuncak SCO Plus di Tianjin, menegaskan Malaysia menyokong inisiatif tadbir urus global yang lebih bermakna dan berkesan.