MALAYSIA
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, SEAFIC akan menyediakan pandangan untuk masa depan Asia Tenggara, bukan untuk meramal apa yang akan berlaku tetapi sebagai persediaan kepada pemimpin dalam menghadapi pelbagai kemungkinan. - Gambar SEAFIC
KUALA LUMPUR: Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) menyasarkan menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin industri, ahli akademik dan inovator untuk mengenal pasti pendekatan yang akan membentuk hala tuju rantau ini dalam dekad akan datang daripada transformasi digital dan pertumbuhan hijau kepada daya tahan rantaian bekalan, aliran masuk pelaburan dan integrasi serantau yang lebih baik.
Ringkasan AI
Pengasas dan Pengerusi SEAFIC Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata SEAFIC yang berpangkalan di Kuala Lumpur akan menyediakan pandangan untuk masa depan Asia Tenggara, bukan untuk meramal apa yang akan berlaku tetapi sebagai persediaan kepada pemimpin dalam menghadapi pelbagai kemungkinan.
"Dalam orde baharu dunia yang masih dibentuk semula oleh persaingan geopolitik, gangguan teknologi, peralihan iklim, perubahan demografi dan penjajaran semula rantaian bekalan, risiko sebenar bukanlah perubahan itu tetapi ketidaksediaan," katanya pada prapelancaran SEAFIC di Jakarta hari ini.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia Dyah Roro Esti Widya Putri dan Pengerusi Majlis Perniagaan Indonesia Arsjad Rasjid manakala Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyampaikan ucapan melalui video.
Zafrul, yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata untuk memanfaatkan 'dekad emas' ASEAN, mereka perlu melengkapkan penyelesaian kolektif dengan pandangan ke hadapan sama ada integrasi serantau yang lebih baik, kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh atau kapasiti institusi yang dipertingkatkan.
Melalui perbincangan yang berpandangan ke hadapan, SEAFIC berharap dapat membantu menjadikan perusahaan kecil dan sederhana, individu dan belia lebih berdaya tahan, relevan dan bersepadu walaupun mereka mendepani persekitaran global yang lebih tidak menentu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) menghimpunkan pakar untuk membentuk hala tuju rantau dengan fokus transformasi digital, pertumbuhan hijau, dan daya tahan rantaian bekalan.
- Pengasas SEAFIC, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menekankan kepentingan persediaan pemimpin menghadapi ketidaksediaan dalam orde baharu dunia yang dipengaruhi geopolitik, teknologi, dan perubahan iklim.
- SEAFIC bertujuan memperkukuh integrasi serantau, kerjasama awam-swasta, dan kapasiti institusi demi menjadikan perusahaan dan individu Asia Tenggara lebih berdaya tahan dan relevan di era ketidaktentuan global.