awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian Kampung Kemayan bakal lenyap akibat hakisan teruk

Bernama
Bernama
01/11/2014
04:46 MYT
Sebahagian Kampung Kemayan bakal lenyap akibat hakisan teruk
Penduduk yang tinggal di sini berada dalam ketakutan kerana khuatir pada bila-bila masa sahaja rumah mereka akan dibadai angin kencang dan ombak kuat. - Foto Fail
Kampung Kemayan yang terletak berhampiran pantai Bachok di sini ibarat sedang menghitung hari untuk terus lenyap daripada peta akibat hakisan teruk.
Setiap kali musim tengkujuh, penduduk yang tinggal di sini berada dalam ketakutan kerana khuatir pada bila-bila masa sahaja rumah mereka akan dibadai angin kencang dan ombak kuat.
Kini hanya tinggal kira-kira enam buah rumah membabitkan 30 penghuni masih tinggal di kampung itu berbanding 15 buah sebelum ini disebabkan penduduk terbabit tiada tempat lain untuk berpindah.
Seorang penduduk, Ramlah Omar, 67, berkata sebelum ini terdapat kira-kira 15 buah rumah dan sebuah padang bola di kampung itu tetapi kini sebahagian besar kediaman serta padang itu telah lenyap akibat hakisan dan dihanyutkan ombak.
"Lebih seekar dah tempat kami ini dihakis ombak dan saya bersama keluarga hidup dalam ketakutan 'sokmo' (sentiasa) ketika musim tengkujuh.
"Pada musim ini biasanya ombak begitu dekat dengan rumah dan kadang kala zink rumah berbunyi dan rumah bergegar akibat angin kuat," katanya ketika ditemui Bernama.
Ramlah berkata dia bimbang rumahnya yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari laut akan lenyap jika sesuatu tidak dilakukan.
Bagi Daud Abdullah, 78, penduduk yang masih tinggal di kampung itu terdiri daripada keluarga miskin dan tiada tempat lain untuk menetap.
"Yang lain ada tempat tapi bagi kami inilah tempat untuk berteduh sejak sekian lama tetapi keadaan semakin menghimpit kami," katanya.
Daud juga kesal kerana tiada pihak yang datang bertanyakan khabar tentang keadaan mereka selama ini.
"Musim angin (tengkujuh) ini kami tidak lelap mata takut tengah tidur dihanyut air (ombak)," katanya.
Topic Berkaitan
#30 penghuni
#Bachok
#Kampung Kemayan
#musim tengkujuh
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan