awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 139 kematian direkodkan dalam tempoh lapan Hari Op Selamat 5

Bernama
Bernama
29/07/2014
23:48 MYT
Sebanyak 139 kematian direkodkan dalam tempoh lapan Hari Op Selamat 5
Op Selamat akan berakhir pada 4 Ogos.
Sebanyak 127 kemalangan maut yang mengorbankan 139 orang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 5/2014 dilancarkan pada 21 Julai lepas.
Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 10,349 kemalangan direkodkan.
"Sebanyak 117,957 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan manakala bagi kesalahan menggunakan laluan kecemasan sebanyak 1,598 saman dikeluarkan," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.
Sementara itu, mengenai makluman orang awam kepada pihak polis sebelum meninggalkan kediaman sempena Hari Raya, Mohd Fuad berkata sebanyak 19,421 makluman diterima.
"Sebanyak 24,440 rondaan telah dilakukan untuk mengawasi rumah-rumah yang ditinggalkan sempena perayaan kali ini," katanya.
Mohd Fuad turut menegaskan agar orang ramai tidak memandu di lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk menggunakan laluan kecemasan itu.
Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah.
Topic Berkaitan
#Mohd Fuad Abd Latiff
#Op Selamat 5/2014
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan