KUALA LUMPUR: Sebanyak 496 notis telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga semalam menerusi Ops Kesan 2024 terhadap peniaga-peniaga yang didapati melakukan perubahan pada harga jualan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan.
"Ops Kesan 2024 dijalankan sejak 1 Mac lepas bertujuan bagi memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat perubahan harga berikutan peningkatan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.
"Menerusi operasi yang sama, sejumlah 23,562 premis termasuk di bazar Ramadan dan Aidilfitri juga telah diperiksa oleh KPDN di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Dalam tempoh berkenaan juga, Armizan berkata KPDN menerima sejumlah 726 aduan daripada pengguna di seluruh negara berhubung isu ketidakpatuhan harga.
"Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan untuk membendung sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab berhubung kenaikan harga (barang) sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri, termasuk di bazar-bazar Ramadan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Datuk Armizan Mohd Ali berkata peniaga yang didapati melakukan kesalahan itu perlu menjawab notis berkenan dalam tempoh yang ditetapkan, mengenai asas dan justifikasi mengapa perubahan (harga) dilakukan. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.