KUALA LUMPUR: Sebanyak 797 kes penderaan membabitkan pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia sejak 2020 hingga Jun 2022.
Daripada jumlah itu 22 kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, selain mengalami penderaan fizikal mereka turut dilayan seperti hamba moden kerana terpaksa bekerja bertahun-tahun tanpa gaji dan rehat yang secukupnya.
"Dari awal pandemik sehingga Jun tahun ini, kedutaaan menerima 12,923 laporan daripada pembantu rumah.
"Daripada jumlah itu 797 kes melibatkan kes jenayah iaitu kes-kes penderaan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Hermono menjangkakan jumlah sebenar mereka yang menjadi mangsa penderaan jauh lebih besar daripada apa yang dedahkan.
Ini kerana katanya, ramai lagi mangsa yang mungkin tidak membuat laporan kepada pihak penguat kuasa termasuk ada di antara yang bimbang ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja atau tamat tempoh.
Selain itu katanya, pihaknya juga berdepan dengan masalah untuk membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.
"Berdasarkan pengalaman kami, amat sukar untuk membuatkan majikan menjelaskan gaji kepada mereka ini.
"Ini kerana setakat ini, Mahkamah Buruh menafikan hak pekerja tanpa dokumen untuk membawa aduan berkenaan pekerjaan," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Fri Sep 09 2022
Hermono berkata, selain mengalami penderaan fizikal mereka turut dipaksa bekerja bertahun-tahun tanpa gaji dan rehat yang secukupnya. - Foto fail/KBRI Kuala Lumpur
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera majikannya yang merupakan bekas ahli politik.
Sudahlah tak dibayar gaji, sikit-sikit nak lempang - Pembantu rumah
Ibadat manusia tidak bertamadun. Memang sukar untuk memahami kenapa manusia tergamak berkelakuan kejam dan hilang nilai kemanusian?
Sebanyak 797 kes dera pembantu rumah warga Indonesia dilapor sejak 2020 - Duta
Selain mengalami penderaan fizikal mereka turut dilayan seperti hamba moden kerana terpaksa bekerja bertahun-tahun tanpa gaji.
Pembantu rumah didera majikan susut 30 kilogram, kurang zat - Duta Besar Indonesia
Pembantu rumah warga Indonesia yang diseksa majikan termasuk disimbah air panas sehingga badannya melecur sejak tiga tahun lalu dilaporkan mengalami penyusutan berat badan lebih 30 kilogram.
Kes dera pembantu rumah: Menteri arah siasatan segera
Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menyiasat kes penderaan membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
[EKSKLUSIF] Majikan durjana dipercayai pegawai kerajaan dera pembantu rumah
Seorang wanita Indonesia yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga, akhirnya diperlakukan dengan kejam, dipercayai didera majikan.
Kesal kes dera amah, Richard harap beku amah tidak dilaksana
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot memaklumkan beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hanif Dhakiri untuk menjelaskan situasi semasa.
Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing
Terdapat kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki mangsa.