Sebatan syariah, ini kaedah pelaksanaannya

Astro Awani
September 6, 2018 08:36 MYT
Hukuman sebat syariah dengan pukulan sederhana menggunakan rotan kecil dan tidak boleh kena pada muka, kepala, perut, dada serta bahagian sulit pesalah-foto Astro AWANI
Pelbagai reaksi diberikan masyarakat apabila pasangan lesbian disebat enam kali serta denda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 3 September lepas.
Ramai yang melihat kewajaran hukuman yang dikenakan iaitu sebatan di khalayak umum. Namun, apa yang perlu diketahui adalah, sebatan syariah bukan untuk menghukum tetapi lebih kepada mengajar.
Jabatan Penjara Malaysia membuat demonstrasi penuh, bagaimana hukuman sebat syariah dilaksanakan.
#hukuman sebat #Jabatan Penjara Malaysia #Kuala Terengganu #lesbian #mahkamah syariah #pasangan sejenis #sebatan syariah #terengganu #video sebat