MALAYSIA

Sebuah PPS dibuka di Pontian susulan banjir kilat

Bernama 19/10/2025 | 21:15 MYT
Sejumlah 57 penduduk daripada 21 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah PPS, susulan banjir kilat semalam. - Gambar fail Bernama
JOHOR BAHRU: Sejumlah 57 penduduk daripada 21 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Penerok , Tanjung Piai itu mula dibuka 8 malam tadi.

Beliau berkata, kawasan yang terjejas ialah Kampung Makam, Penerok dan juga Kampung Parit Bugis.

"Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berlaku petang tadi namun dilaporkan sudah berhenti," katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.

-- BERNAMA

#banjir Pontian #banjir kilat #PPS dibuka #PPS Sekolah Kebangsaan Penerok