MALAYSIA

Sebuah rumah hangus dijilat api di Pantai Dalam

Shafiqa Azami 07/08/2025 | 16:45 MYT
Setakat ini, operasi pemadaman sedang dijalankan dan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Gambar tiktok.com/@shasanuddin
KUALA LUMPUR: Sebuah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam, di ibu negara malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam.

Seramai 32 anggota dari empat balai bomba iaitu Balai Pantai, Seputeh, Seri Hartamas dan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Setakat ini, operasi pemadaman sedang dijalankan dan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



#pusat gerakan operasi #JBPM #panggilan kecemasan #kemalangan jiwa