MALAYSIA
Sebuah rumah, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran
Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang hari ini. - Gambar fail/hiasan
KUALA NERUS: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang di sini hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Shahril Abd Halim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.31 petang dan seramai 15 anggota beserta dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian menyebabkan sebuah rumah separuh kekal musnah seratus peratus, sebuah kereta Citroen terbakar 50 peratus serta dua motosikal jenis Honda Wave dan Honda C70 juga musnah 100 peratus.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika melakukan sebarang aktiviti di rumah yang boleh mencetuskan kebakaran memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini.
-- BERNAMA