awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut

Bernama
Bernama
03/02/2025
02:40 MYT
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Api berjaya dipadamkan pada 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Foto JBPM
JERTIH: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kediaman separa kekal dua tingkat telah musnah 80 peratus. Sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah lori satu tan dan lima motosikal terbakar 100 peratus.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustafa berkata api dipadamkan pada 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#motosikal
#JBPM
#Kampung Gong Duek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan