Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan sebutan untuk kes melibatkan seorang ahli politik yang didakwa menghasut, 30 Okt ini.
David Orok, yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman menggunakan tiket Parti Reformasi Negeri (STAR) pada pilihan raya umum ke-13, didakwa membuat komen yang menghina Islam dan Nabi Muhamad di laman sosial Facebook.
Ahli politik berusia 49 tahun itu yang dijamin sebanyak RM7,000, mengaku tidak bersalah pada 3 Sept lepas, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Topokon di Tuaran, pada 4 Julai lepas.
Orok yang hadir di mahkamah berhadapan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Peguambelanya Tengku Ahmad Fuad dan Henry Gudit memohon tarikh sebutan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad bagi pihak pembelaan mendapatkan "plea bargain" untuk anak guam mereka.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dominic Chew berkata pihak pendakwaan masih menunggu dokumen dan laporan berkaitan kes itu.
Bernama
Tue Sep 30 2014
Sebutan kes ahli politik didakwa hina Islam 30 Oktober
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Pertikai ibadah korban: Ambil tindakan terhadap Siti Zabedah Kassim dan David Orok
Pemuda Pas Pahang menggesa pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Siti Zabedah Kassim dan David Orok kerana menghina Islam melalui status FB mengenai ibadah Korban.
Sebutan kes ahli politik didakwa hina Islam 30 Oktober
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan sebutan untuk kes melibatkan seorang ahli politik yang didakwa menghasut, 30 Okt ini.
David Orok didakwa di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam
Seorang ahli politik pembangkang, hari ini, didakwa atas pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.