Mahkamah Persekutuan menangguhkan sebutan kes melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dijadualkan pada Rabu kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Dalam satu kenyataan Lawyers For Liberty di sini, rayuan yang dibuat Peguam Negara itu diberi atas alasan mahkamah memerlukan lebih masa untuk mengkaji kes lampau PP vs Siow Chung Peng yang membolehkan kes Nik Nazmi digugurkan dari Mahkamah Persekutuan. (di dalam kes Siow, kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan berakhir di Mahkamah Rayuan, tiada rayuan lanjut dibawa ke Mahkamah Persekutuan)
Peguam Negara telah mengemukakan permohonan itu pada 7 Julai dan diluluskan Mahkamah Persekutuan.
Kes itu tidak akan disambung esok selain tiada tarikh baru diumumkan.
Pada awal Mei, Mahkamah Sesyen membebaskan tetapi tidak melepaskan Nik Nazmi daripada dakwaan kali kedua melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA).
Nik Nazmi juga telah dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(5) PAA kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, ketika menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.
Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.
Astro Awani
Tue Jul 08 2014
Sebutan kes Nik Nazmi ditangguh ke tarikh baru - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Hukuman gantung warga Malaysia Datchinamurthy di Singapura ditangguh
Mahkamah Tinggi Singapura menangguhkan pelaksanaan hukuman gantung ke atas warga Malaysia Datchinamurthy Kataiah yang dijadualkan pada Jumaat.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Singapura akan sekat laman sesawang LFL
Kumpulan Lawyers for Liberty didapati tidak patuh satu arahan supaya melakukan pembetulan di bawah undang-undang berita palsu terhadap kenyataan pada 22 Jan di dalam laman sesawang kumpulan itu.
Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull
Pelantikan peguam itu berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.
K'jaan cari jalan bantu rakyat M'sia berdepan hukuman gantung di Singapura
Katanya, Datuk Liew Vui Keong sedang berusaha mencari jalan untuk membantu Pannir Selvam Pranthaman yang dijadualkan menjalani hukuman itu dalam masa tiga hari lagi.
Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan
Eric Paulsen berkata antara perkara tidak dapat diterima ialah kenyataan sesetengah pihak bahawa pekerja asing akan menjadi punca timbulnya pelbagai masalah sosial.
Malaysia harus dedah jika pernah terlibat dalam proses "penghantaran pulang khas" CIA
Lawyers for Liberty menyatakan kebimbangan mereka dengan kemungkinan penglibatan Malaysia dalam pemindahan seseorang tanpa proses undang-undang atas arahan CIA atau kerajaan asing.
Pengekalan Akta Hasutan sudah dijangka - Rafizi Ramli
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa UMNO akan bertindak menggunakan akta tersebut apabila berdepan kritikan atau penentangan.
Bahaya cetuskan provokasi terhadap golongan transgender - Lawyers for Liberty
Kumpulan NGO itu berkata adalah merbahaya untuk mencetuskan provokasi dan bersikap tidak bertoleransi agama terhadap masyarakat transgender.