NATIONAL
Sebutan semula kes bunuh babitkan pemandu e-hailing ditetapkan 26 Mei
Tertuduh Zakwan Mokhtar (tengah) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing didakwa membunuh Nurul Asikin Lan, yang ditemukan dalam longkang Disember lepas.
Ringkasan AI
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei memohon lanjutan masa memandangkan pihaknya masih menunggu laporan forensik yang mengekstrak mesej WhatsApp antara suspek dan mangsa.
Siow berkata pihaknya sudah menerima laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa.
Zakwan Mokhtar, 24, yang tidak diwakili peguam didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin, 28, yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan, di sini, pada 9.10 malam, 14 Dis lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek mengaku melakukan jenayah itu kerana terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Majistret menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan.
- Pihak pendakwaan masih menunggu laporan forensik mesej WhatsApp di antara suspek dan mangsa, tetapi sudah menerima laporan DNA dan bedah siasat.
- Suspek, Zakwan Mokhtar, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan.