Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Sebutan semula kes mekanik didakwa bunuh kanak-kanak di Rampangi 7 Jan

Bernama 21/11/2025 | 08:01 MYT
Mohammad Shukri didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan kenalan wanitanya yang berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong awal bulan lepas. -Foto Bernama
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 7 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes seorang mekanik yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong dekat sini, awal bulan lepas.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Majistret menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes seorang mekanik yang didakwa membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Santubong.
  • Tarikh sebutan ditetapkan selepas laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.


Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng memaklumkan bahawa laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh.

Mohammad Shukri Ryan, 32, yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin, di rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah pada 7.45 malam, 7 Okt lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan mangsa merupakan anak kepada rakan wanita tertuduh.

-- BERNAMA




#mekanik #tuduhan bunuh #Santubong #kanak-kanak perempuan