Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye hari ini meminta kerajaan memperkenalkan satu dasar bagi menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam kepada penagih dadah yang telah dapat dipulihkan.
Katanya langkah itu akan membantu menjauhkan mereka daripada melakukan jenayah.
"Jika mereka gagal untuk mendapatkan pekerjaan, mereka akan terus terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti dalam kes ragut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Lee yang juga anggota Majlis Sosial Kebangsaan berkata kerajaan juga harus menimbangkan memperkenalkan dasar pekerjaan sama seperti ia mempunyai dasar pekerjaan untuk orang kurang upaya.
Pada masa sama, beliau meminta sektor swasta supaya mengkaji berhubung menggaji bekas penagih dadah dan membantu supaya mereka dapat diterima dalam kalangan masyarakat.
BACA: Bekas penagih dadah yang pulih boleh ganti pekerja asing - AADK
BACA: Penagih dadah golongan belia semakin ramai - AADK
Bernama
Sun Mar 06 2016
LAM THYE: Kerajaan juga harus menimbangkan memperkenalkan dasar pekerjaan untuk golongan bekas penagih dadah. - Foto Astro AWANI.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Sediakan peluang kerja kepada bekas penagih dadah dalam sektor awam - Lam Thye
Langkah itu akan membantu menjauhkan golongan tersebut daripada melakukan jenayah.