Sediakan pembersih tangan, pembasmi kuman cegah koronavirus

Bernama
Januari 29, 2020 21:13 MYT
Kerajaan Pulau Pinang menggesa pengendali hotel, pusat beli-belah dan restoran menyediakan pembersih tangan di premis masing-masing. - Foto AP
Kerajaan Pulau Pinang menggesa pihak pengendali seperti hotel, pusat beli-belah, restoran dan lokasi tarikan pelancong di negeri ini supaya memastikan pembersih tangan dan pembasmi kuman tersedia di premis masing-masing untuk mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Keseniaan negeri Yeoh Soon Hin dalam kenyataan hari ini berkata pengendali perlu proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan diambil kerana banyak kawasan di Pulau Pinang sering dikunjungi orang ramai dan pelancong.
"Saya juga ingin menggalakkan pihak pengendali supaya memastikan semua staf mereka menjaga kebersihan diri dan membasuh tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan secara kerap," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
BACA: Jangan panik! Ini beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus
Yeoh berkata mereka perlu memantau sebarang simptom jangkitan koronavirus termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas.
Pengurusan premis juga harus mempertimbang untuk meningkatkan kekerapan rutin harian pembasmian kuman," katanya.
-- BERNAMA
#China #Hubei #jangkitan koronavirus #novel koronavirus #pembersih tangan #pulau pinang #virus Wuhan #Wuhan #Yeoh Soon Hin