MALAYSIA
Seekor penyu lipas dilepaskan semula di perairan Pulau Pinang selepas pemulihan
Adnan berkata pelepasan tersebut, menandakan kejayaan usaha pemuliharaan serta komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia, dalam memastikan kelestarian spesies penyu lipas di negara ini. - Gambar Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Seekor penyu lipas (Lepidochelys olivacea) betina dilepaskan semula di perairan Pulau Pinang hari ini, selepas menjalani proses pemulihan selama setahun akibat kecederaan parah pada kaki dayung kanan hadapan, selepas terbelit pukat hanyut nelayan.
Ringkasan AI
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyu berumur 15 tahun itu, diselamatkan oleh nelayan tempatan di perairan Tanjung Tokong dan diserahkan kepada Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut (PKPP), untuk rawatan dan pemulihan.
"Proses pemulihan telah dibantu oleh kakitangan PKPP, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang serta pihak FRI Rantau Abang, sementara pelepasan penyu disempurnakan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Jalil," menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata pelepasan tersebut, menandakan kejayaan usaha pemuliharaan serta komitmen berterusan Jabatan Perikanan Malaysia, dalam memastikan kelestarian spesies penyu lipas di negara ini.
Beliau memaklumkan sejak 2021 hingga 2025, sebanyak 15,485 ekor anak penyu telah berjaya dilepaskan, manakala di Pulau Pinang sahaja 78,394 ekor penyu berjaya ditetaskan dan dilepaskan.
"Aktiviti konservasi ini turut menarik minat pelawat dengan PKPP Pantai Kerachut menerima 36,353 pelawat sehingga Oktober 2025, terdiri daripada 24,392 pelawat tempatan dan 11,961 pelawat antarabangsa," katanya.
Beliau menjelaskan PKPP turut melaksanakan pelbagai taklimat pendidikan, program kesedaran awam dan aktiviti sukarelawan sepanjang Januari hingga Oktober lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penyu lipas betina dilepaskan semula di Pulau Pinang setelah pulih dari kecederaan parah pada kaki dayung kanan.
- Pelepasan penyu menunjukkan kejayaan usaha pemuliharaan dan komitmen Jabatan Perikanan Malaysia dalam menjaga kelestarian spesies penyu.
- Sebanyak 15,485 anak penyu telah dilepaskan antara 2021 hingga 2025, dengan PKPP Pantai Kerachut menerima lebih daripada 36,000 pelawat sejak Januari hingga Oktober 2025.