Segala sumber digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Kota Belud - Musa

Bernama
Disember 12, 2017 20:10 MYT
Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri telah mengerahkan segala sumber perlu bagi membantu mangsa banjir di Kota Belud. -Gambar fail
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri telah mengerahkan segala sumber perlu bagi membantu mangsa banjir di Kota Belud.
Beliau berkata Jawatankuasa Pemulihan Bencana Negeri telah diaktifkan bagi membantu mereka yang terjejas termasuk memindahkan mereka ke pusat pemulihan banjir dan membekalkan makanan dan keperluan asas.
"Kerajaan negeri memantau keadaan di Kota Belud dari dekat," katanya dalam satu kenyataan.
Musa berkata beliau telah juga mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran menilai keadaan dan mengambil langkah perlu dalam menghadapi masalah banjir di daerah itu.
-- BERNAMA
#banjir #Jabatan Pengairan dan Saliran #Ketua Menteri #Kota Belud #mangsa banjir #mati lemas #Musa Aman #pusat pemulihan banjir #Sabah