Segera hantar bantuan kepada mangsa banjir - Anwar

Hakim Rahman
Disember 18, 2021 04:26 MYT
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turun padang bagi meninjau perkembangan banjir yang melanda kawasan berkenaan. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa agar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir diberikan segera.
Tindakan berkenaan, kata beliau, bagi meringankan beban mereka yang terkesan.
"Saya turut bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung, Port Dickson pada Sabtu.
"Saya juga melihat perlunya rencana besar terkait sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan di masa hadapan"," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turun padang bagi meninjau perkembangan banjir yang melanda kawasan berkenaan.
#Port Dickson #Anwar Ibrahim #banjir #rancangan tebatan