awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segerakan pembinaan CIQ Tapak Megah dan Long Singgut, Baleh - Ahli Parlimen Hulu Rajang

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
10/11/2020
13:28 MYT
Segerakan pembinaan CIQ Tapak Megah dan Long Singgut, Baleh - Ahli Parlimen Hulu Rajang
Datuk Wilson Ugak Kumbong kesiapsiagaan ini penting untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tapak Megah dan Long Singgut Baleh, Kapit perlu diwujudkan demi keselamatan negara.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong kesiapsiagaan ini penting untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Tahap kesiap siagaan kita dalam sistem pertahanan negara perlu disegerakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di masa hadapan.
“Justeru saya mencadangkan agar mewujudkan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) CIQ di Tapak Megah dan Long Singgut Baleh, yang mana pos-pos kawalan ini dapat mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia,” katanya pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada Selasa.
Ujar beliau, tumpuan diberikan pada kawasan-kawasan tersebut kerana terletak berdekatan dengan Kalimantan, Indonesia.
“Kerajaan Indonesia bercadang akan memindahkan ibu kota barunya ke Kalimantan timur bermula tahun 2024 dan secara berperingkat. Lokasi ini sangat berdekatan dengan kawasan Parlimen Hulu Rajang, iaitu dengan jarak sejauh 400 KM,” jelasnya.
Beliau menambah, langkah ini penting untuk mengawal penyeludupan barangan bersubsidi dan dadah ke negara jiran.
“Saya ingin mencadangkan agar pelaksanaan Ops Benteng dapat disegerakan di lokasi-lokasi ini.,” tegasnya.
Pada masa yang sama, katanya selain tumpuan diberikan pada aspek keselamatan, ekonomi rakyat juga tidak harus diabaikan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar jaringan jalan raya di laluan-laluan sempadan dinaik taraf untuk menyediakan akses antarabangsa di kedua-dua negara.
“Pembinaan jalan ini bertujuan untuk melindungi kawasan sempadan termasuk aset-aset bernilai berbillion ringgit seperti Empangan Bakun, Murum dan Baleh,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Long Singgut Baleh Kapit
#Ahli Parlimen Hulu Rajang
#CIQ
#Wilson Ugak Kumbong
#Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin
#Tapak Megah
#Long Singgut Baleh
#Kapit
#Kalimantan
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan