Sekali lagi, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD

Nickyson Nyambar
Oktober 10, 2021 10:00 MYT
Menurut kenyataan Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini, manakala dua lokaliti ditamatkan PKPD.
Berdasarkan kenyataan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.
Beliau memaklumkan, dua lokaliti yang ditamatkan PKPD adalah melibatkan negeri Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi (Kampung Orang Asli Pinggiran) di Rompin.
"PKPD di lokaliti ini ditamatkan mengikut jadual iaitu 11 Oktober 2021," kata beliau.
#PKPD #Majlis Keselamatan Negara #perintah kawalan pergerakan #Pahang