KANGAR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut Radzi, dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka terlalu lambat adalah tidak tepat.
Sebaliknya, tegas beliau, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.
Dalam masa sama, Radzi memaklumkan, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.
"Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.
"Sekarang kes tinggi, tetapi kita lihat masyarakat telah divaksinkan dan perkara nilai ambang telah diambil kira dalam PPN. Kita gunakan PPN sebagai asas untuk bantu kita tetapkan pendekatan yang ingin kita gunakan apabila ingin buka sekolah kelak,” kata beliau.
Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis di sini, pada Jumaat.
BACA: 2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menjalankan sesi libat urus yang memasuki fasa akhir ketika ini dalam memastikan segala input-input penting dapat dimasukkan dalam Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah.
Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Radzi memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya kembali dibuka 1 September lalu, ditangguhkan ke 3 Oktober.
Jelasnya, pembukaan sesi sekolah itu bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.
Katanya, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas kementerian meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan COVID-19 di seluruh negara.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 03 2021
![Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober - Menteri Pendidikan Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober - Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592371854_TBSekolah.jpg)
Keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. - Gambar fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026 Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710735062_TBwongkahwohjp.jpg)
Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026
Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
![Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710409349_kebakaranhutan.jpg)
Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah
Sesi persekolahan di 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa walaupun daerah itu diisytihar kawasan bencana kemarau.
![Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710130288_PUTRAJAYA.jpg)
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
![Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710061272_TBHAKIM.jpg)
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
![Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704965118_sekolah.jpg)
Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini
KPM akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.
![Semua sekolah menengah, vokasional, IPG wajib ada kelas prasekolah - Fadhlina Semua sekolah menengah, vokasional, IPG wajib ada kelas prasekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709692744_TBFadhlinasidek.jpg)
Semua sekolah menengah, vokasional, IPG wajib ada kelas prasekolah - Fadhlina
Semua Institusi Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah wajib memiliki kelas prasekolah.
![Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709532467_AzmanAdnan.jpg)
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
![Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645766357_HariPertama.jpg)
Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan
Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini.
![Kelonggaran pelajar ke sekolah berpakaian biasa beri kelegaan kepada waris Kelonggaran pelajar ke sekolah berpakaian biasa beri kelegaan kepada waris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704168452_TBbanjirkelantan.jpg)
Kelonggaran pelajar ke sekolah berpakaian biasa beri kelegaan kepada waris
Kelonggaran diberikan kepada pelajar untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa memberi kelegaan kepada keluarga terjejas banjir.
![Sesi persekolahan di Kelantan lancar termasuk terjejas banjir Sesi persekolahan di Kelantan lancar termasuk terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704169786_TBsekolahjpg.jpg)
Sesi persekolahan di Kelantan lancar termasuk terjejas banjir
Sesi persekolahan di 595 sekolah menengah dan rendah di Kelantan berjalan lancar termasuk yang terkesan banjir.