Sekolah di Pasir Gudang dibuka semula esok

Astro Awani
Jun 29, 2019 11:24 MYT
Semua sekolah di Pasir Gudang, termasuk 111 sekolah rendah dan menengah yang terjejas dalam insiden pencemaran udara, dibenarkan dibuka semula esok (Ahad). -Gambar fail
Semua sekolah di Pasir Gudang, termasuk 111 sekolah rendah dan menengah yang terjejas dalam insiden pencemaran udara, dibenarkan dibuka semula esok (Ahad).
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata satu pasukan petugas akan digerakkan ke sekolah-sekolah terbabit untuk diberikan taklimat keselamatan serta pencegahan pada perhimpunan pagi esok.
Katanya, semua pengetua dan guru besar telah diminta memaklumkan segera kepada semua guru, ibu bapa, murid dan kakitangan sekolah berkaitan perkara ini.
"Kesemua pengetua, guru besar dan guru juga diminta merancang dan menjajarkan semula aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian perancangan sekolah ekoran pembelajaran rasmi yang ditangguhkan sepanjang tempoh sekolah ditutup," katanya dalam satu kenyataan media.
Sebelum ini, 111 sekolah ditutup beberapa hari hingga 27 Jun lalu akibat insiden pencemaran udara berulang di Pasir Gudang.
#111 sekolah rendah dan menengah #Azman Adnan #pencemaran udara #pencemaran udara berulang di Pasir Gudang #sekolah di Pasir Gudang