awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air

Bernama
Bernama
05/01/2024
09:22 MYT
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Wan Sajiri berkata namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Jan ini.
Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Wan Sajiri Wan Hassan berkata namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
"Kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan PdPR di semua sekolah sepanjang tempoh gangguan bekalan air di negeri ini.
"JPN akan mengedar surat makluman berhubung pembelajaran menerusi PdPR kepada pihak sekolah dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu, bermula 6 pagi 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#PdPR
#PBAPP
#pihak sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan