MALAYSIA
Sekolah Henry Gurney catat lulus 100 peratus SPM 2024 - Shamsul Anuar

Menurut Shamsul Anuar Seramai 59 penghuni Sekolah Henry Gurney yang menduduki SPM 2024 mencatatkan kelulusan 100%. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 59 penghuni Sekolah Henry Gurney yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan kelulusan 100 peratus, dengan 40 peratus daripadanya memperoleh sekurang-kurangnya satu A.
Ringkasan AI
- Seramai 59 penghuni Sekolah Henry Gurney yang menduduki SPM 2024 mencatatkan kelulusan 100%, dengan 40% memperoleh sekurang-kurangnya satu A.
- Seramai 153 penghuni turut mengikuti program TVET yang diiktiraf melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), selaras dengan matlamat pemulihan dan pembangunan sahsiah.
- Jabatan Penjara Malaysia menyediakan kaunseling dan modul bimbingan koreksional untuk membangunkan potensi penghuni agar kembali sebagai individu bertanggungjawab dan berintegriti.
Shamsul Anuar berkata selain pencapaian akademik, sebanyak 153 penghuni telah mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diiktiraf di peringkat nasional melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga 30 Jun lepas.
"Program ini selaras dengan matlamat utama pemulihan, iaitu menyediakan peluang kedua kepada pesalah muda agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai individu bertanggungjawab, produktif dan berintegriti," katanya ketika menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Zakri sebelum itu memohon penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang bilangan pelajar yang berada di Sekolah Henry Gurney pada 2025 dan setakat mana kejayaan sekolah berkenaan dalam mendidik mereka.
Selain peluang pendidikan, Jabatan Penjara Malaysia turut menyediakan perkhidmatan kaunseling melalui modul bimbingan koreksional yang dilaksanakan oleh guru bimbingan, kaunseling dan pegawai psikologi bagi membangunkan potensi penghuni.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami