MALAYSIA
Sekolah Rintis Bangsa Johor penanda aras baharu pendidikan negeri - Onn Hafiz
Tunku Mahkota Ismail, diiringi Onn Hafiz (depan, tengah), berkenan berangkat melakukan lawatan rasmi ke Sekolah Kebangsaan Tasek Utara untuk program Sekolah Rintis Bangsa Johor. - Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa sistem pendidikan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), yang membuktikan sekolah harian mampu mencapai kecemerlangan bertaraf tinggi melalui perancangan tersusun dan pelaksanaan berfokus.
Ringkasan AI
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelaksanaan SRBJ adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri memastikan pendidikan berkualiti dinikmati semua pelajar, sekali gus menjadikan Johor peneraju pendidikan sekolah harian bertaraf tinggi.
"SRBJ bukan sekadar sekolah contoh, sebaliknya menjadi penanda aras baharu pendidikan negeri. Kerajaan negeri kekal komited memastikan setiap pelajar berpeluang menikmati pendidikan holistik, berkualiti dan bertaraf dunia.
"Ini membuktikan sekolah harian mampu mencapai kecemerlangan tertinggi apabila perancangan dilaksanakan secara konsisten, tersusun dan berfokus. Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelaksanaan SRBJ memberi penekanan penguasaan Bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Melayu, pengukuhan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), pembangunan sahsiah serta kebolehpasaran murid, selain pelaksanaan pentaksiran kompetensi setara dengan penilaian bertaraf antarabangsa dan selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Empat sekolah dipilih sebagai SRBJ bermula sesi persekolahan 2025/2026, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2 dan SK Seri Kota Puteri 4 di Pasir Gudang, serta SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara di Johor Bahru, menerusi kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Inisiatif berkenaan dicetuskan ilham Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, yang turut berkenan mencemar duli berangkat ke SK Tasek Utara bagi meninjau pelaksanaan awal program semalam.
Dalam lawatan berkenaan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan meninjau kemudahan dan fasiliti utama yang telah dinaik taraf termasuk kelas rintis, makmal sains, pusat sumber serta bilik eksplorasi.
Onn Hafiz berkata secara keseluruhan, projek SRBJ melibatkan peruntukan RM54 juta, dengan RM31.22 juta diperuntukkan bagi Fasa Satu dan RM22.78 juta bagi Fasa Dua, merangkumi kerja naik taraf infrastruktur serta pelaksanaan modul pendidikan berimpak tinggi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa sistem pendidikan diperkukuhkan melalui pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah harian.
- Pelaksanaan SRBJ menekankan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran STEM, pembangunan sahsiah, dan penilaian kompetensi bertaraf antarabangsa bagi meningkatkan kualiti pendidikan.
- Empat sekolah dipilih sebagai SRBJ bermula sesi persekolahan 2025/2026 dengan peruntukan sebanyak RM54 juta, menandakan kesungguhan kerajaan negeri dalam memajukan pendidikan holistik.