BANGKOK: Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu bersatu dalam menghadapi cabaran pasca COVID-19, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria.
"Menurut pemerhati, multilateralisme, perdagangan dan perintah berasaskan peraturan sedang menghadapi masalah dan itu akan menjejaskan keupayaan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, antaranya kesan bahaya daripada perubahan iklim.
"Ini adalah masanya untuk kita bekerjasama - kita perlu melakukan lebih baik. Saya dapat katakan bahawa nasib perintah dunia tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dan China sahaja.
"Sudah tentu, kedua-duanya memainkan peranan besar dalam perkara itu. Bagaimanapun, ia memerlukan seluruh komuniti untuk kita pulih," katanya dalam artikel yang diterbitkan oleh CGTN baru-baru ini.
Rebecca berkata pandemik COVID-19 "berlaku pada masa hubungan berada di titik nadir, menjejaskan kerjasama awal apabila virus itu merebak menjadi pandemik."
"Oleh kerana ia menjejaskan banyak aspek, ia memerlukan kerjasama untuk menyelesaikannya. Contoh ini ialah bagaimana cabaran itu ditangani oleh forum APEC - kumpulan 21 ekonomi yang pelbagai termasuk China dan AS," katanya.
Rebecca berkata perkembangan di rantau itu, yang disokong oleh badan seperti APEC serta kemajuan dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), memberi inspirasi kepada "guanxi" (konsep China untuk menjelaskan mengenai hubungan) dan menyumbang kepada daya tahan kolektif.
Mengambil RCEP sebagai contoh, katanya ia merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang pertama melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
"Ini bermakna jadual liberalisasi tarif yang dipersetujui kali ini bukan sahaja akan meningkatkan akses pasaran bagi barangan yang dieksport dari negara-negara ini tetapi juga meningkatkan peluang untuk rakan kongsi menyertai lebih banyak dalam rantaian nilai global.
"Ia menawarkan 'rising-tide model' untuk integrasi ekonomi serantau.
"Oleh itu, APEC teguh dalam memacu aspirasi jangka panjang kami untuk integrasi melalui Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), yang akan memberi kami peluang untuk memacu pendekatan kami bagi menggabungkan perdagangan generasi akan datang dan isu pelaburan, termasuk pendigitalan, pertumbuhan inklusif dan kemampanan," katanya.
Beliau berkata APEC bukan forum berasaskan peraturan, yang bermakna aspek paling utama ialah kepercayaan.
"Pemimpin APEC akan bertemu di Bangkok (pada minggu ini). Akan ada perbezaan, tetapi ia akan menjadi pengukuhan kepada komitmen terhadap matlamat bersama.
"Kami telah mendengar ramai pakar menyatakan bahawa terdapat keretakan dalam perintah lama yang selesa tetapi setakat ini kerana kepercayaan ini, kerjasama pelbagai hala adalah kekal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022

Rebecca berkata pandemik COVID-19 'berlaku pada masa hubungan berada di titik nadir, menjejaskan kerjasama awal apabila virus itu merebak menjadi pandemik.' - Gambar fail

Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan UNODC.

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

Jabatan Imigresen keluarkan 2.8 juta pasport pasca-COVID-19
JIM telah mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport pasca-COVID-19 iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding tempoh sebelum itu.

Pemimpin perlu ikhlas, letak kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri - Tuanku Muhriz
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pemimpin yang diberikan mandat oleh rakyat perlu mempunyai keikhlasan tinggi untuk berkhidmat demi rakyat, antara lain.

Pemimpin APEC ikrar tingkatkan dagangan untuk capai pemulihan pasca COVID-19
Pemimpin 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berikrar untuk meningkatkan lagi perdagangan bagi mencapai pemulihan pasca COVID-19.

Sekretariat APEC gesa anggota bersatu dalam hadapi cabaran pasca COVID-19
Menurut pemerhati, multilateralisme, perdagangan dan perintah berasaskan peraturan sedang menghadapi masalah.

PRU15: Kerajaan di landasan tepat lonjak semula ekonomi negara - Ismail Sabri
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dasar pemulihan negara pasca COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan tepat bagi melonjakkan semula ekonomi negara.

Malaysia ikrar sertai misi ICAO bagi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19
Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Abang Johari bakal kongsi pengalaman dalam dialog SRED di Singapura
Abang Johari akan menyampaikan ucapannya bertemakan 'Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia' dan akan menyentuh mengenai Pelan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Singapura rakan strategik utama pulihkan ekonomi negeri pasca COVID-19 - MB Johor
Negara seberang tambak itu merupakan antara pelabur terbesar di Malaysia, terutamanya di Johor.

DAKN 2021-2030 pacu sektor agrikomoditi selaras dengan norma baharu, pasca-COVID19
DAKN 2021-2023 akan dilancarkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020.

Banyak yang masih perlu dilakukan untuk capai aspirasi digital Malaysia - Mustapa
Meskipun secara keseluruhannya Malaysia telah melakukan yang terbaik, kemajuan pasca COVID-19 agak mencabar.