Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menubuhkan sekretariat kekal selepas sambutan Hari Malaysia 16 September ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak seperti sektor swasta dan orang ramai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di sini Selasa.
Sementara itu, ketika mengulas keperluan mewujudkan undang-undang dan peraturan mewajibkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang, Ahmad Shabery berkata undang-undang dan peraturan adalah pilihan terakhir dan memerlukan kajian mendalam.
Berhubung pengenalan memainkan lagu Negaraku di pawagam seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem, beliau berkata, ia hanya untuk tempoh 28 Ogos hingga 3 Sept sahaja bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.
Kementerian juga, katanya, tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan undang-undang atau mewujudkan undang-undang kepada mereka yang tidak berdiri tanda penghormatan.
"Kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung langkah itu sama ada ia perlu diteruskan atau sebaliknya," katanya sambil tidak menafikan terdapat pihak yang cuba untuk mengagalkan usaha itu.
Sementara itu, beliau mahu penjawat turut sama menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Bernama
Tue Aug 27 2013
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery
Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk 'juara dunia' sebagai langkah membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.
Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.
Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik
Husin yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan, berkata kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata.
Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar.
Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan
Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak.
Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka
Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.