Sekretariat Muafakat Komuniti yang dibentuk di bawah Dasar Komuniti Negara baharu berjaya menghasilkan 40 program bagi membantu golongan B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, PPR Lembah Subang 2 merupakan projek perintis kepada program berkenaan.
“Ramai penduduk di situ bersama-sama telah menggiatkan aktiviti dalam Sekretariat Muafakat Komuniti bersama-sama dengan agensi kerajaan lain, universiti dan pihak swasta turut ambil bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Dr Santhara (PH-Segamat) yang mahu tahu sejauh mana Dasar Komuniti Negara yang baharu dilancarkan dapat menyelesaikan masalah komuniti setempat khususnya kalangan B40.
Berdasarkan pemerhatian awal, model pembangunan komuniti B40 di PPR menerusi Sekretariat Muafakat Komuniti adalah berkesan kerana didapati berlaku perubahan sikap yang lebih positif, peningkatan tahap kerjasama serta penglibatan ahli komuniti yang aktif.
“KPKT amat mengharapkan dengan usaha dilaksanakan, hasrat kementerian ini mendayaupayakan komuniti B40 di PPR supaya mereka bertambah baik,” kata beliau.
Dalam pada itu katanya, kementeriannya akan menumpukan kepada usaha penyelenggaraan PPR yang lebih baik selaras dengan pelaksanaan Dasar Komuniti Negara.
Untuk permulaan, ia akan dimulakan di 20 PPR di seluruh negara.
“Kita akan tumpu kepada rumah yang dikendalikan KPKT dahulu. Jadi peringkat pertama, Dasar Komuniti Negara akan dilaksanakan di 20 PPR seluruh negara,” tambahnya.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 21 2019
Model pembangunan komuniti B40 di PPR menerusi Sekretariat Muafakat Komuniti berkesan kerana didapati berlaku perubahan sikap yang lebih positif, kata Zuraida Kamaruddin.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga pegawai KPKT di PPR bantu tingkat kesedaran kebersihan - Zuraida
Pegawai berkenaan akan membantu serta memantau sekretariat berkenaan dalam melatih penduduk PPR tentang pentingnya program pengasingan sampah dan menjana pendapatan sampingan.
Tiada perbincangan politik - Zuraida
Pertemuan di kediaman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari jam 8 malam tadi adalah bertujuan memberikan penerangan berkaitan Dasar Komuniti Negara.
Sekretariat Muafakat Komuniti lahirkan sikap positif masyarakat- Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata PPR Lembah Subang 2 merupakan projek perintis kepada program berkenaan.