awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2024
23:45 MYT
Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika sidang media pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Sebuah sekretariat tetap akan ditubuhkan di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi memastikan segala usul dan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 dijayakan dengan segera.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua keputusan dan resolusi yang dibentang kluster dan kumpulan itu dikumpulkan oleh urus setia.
"Saya sudah diberikan tanggungjawab untuk menjadi pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengambil kira keputusan dan resolusi itu yang akan mendapat pengabsahan daripada MEB.
"Yang paling penting, keseluruhan kluster dalam kongres ini sudah mengusulkan pelbagai aspek yang terkait dengan kepentingan bumiputera tanpa meminggirkan lain-lain kaum," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
MEB dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KEB 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu menggariskan lebih 80 resolusi sebagai agenda pemerkasaan bumiputera.
Ia disertai 3,000 peserta termasuk wakil daripada Dewan Perniagaan Melayu, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, serta wakil masyarakat Orang Asli.
Sekretariat tetap ditubuhkan jayakan resolusi KEB 2024
Resolusi itu diperoleh daripada hasil libat urus dikelolakan menerusi 10 kluster merangkumi pelbagai aspek yang dibentangkan sepanjang tiga hari kongres berlangsung.
Antara resolusi yang diangkat ialah berkaitan kluster pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Ia termasuk menetapkan satu badan atau organisasi yang menjalankan tadbir urus institut tahfiz TVET dan memperkukuh jalinan kerjasama program tahfiz TVET dengan majlis agama Islam negeri.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#KEB 2024
#Majlis Ekonomi Bumiputera
#sekretariat tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan