IPOH: Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.
WCE dalam kenyataan hari ini memaklumkan jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac lepas oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau memuat turun aplikasi WCE App atau jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, boleh hubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau emel di [email protected].
WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering) dan apabila siapa sepenuhnya ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan yang menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
Projek pembangunan Persekutuan di Sabah perlu dilaksanakan dengan cepat - Hajiji
Kementerian berkenaan juga digesa berhubung dengan agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah bagi mengukuhkan kerjasama.
JPSM tingkat usaha urus, bangunkan sumber hutan demi sosioekonomi negara
JPSM meningkatkan usaha bagi mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Belanjawan: LIAM mohon pelepasan cukai diperluaskan untuk insurans perubatan
Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata CEO Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
Sitaan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Jabatan Imigresen dikatakan mengeluarkan pas lawatan sosial (kategori pas rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.
Program makanan sedunia bimbang keupayaan lubnan
Ribuan hektar tanah ladang di seluruh selatan Luban telah terbakar atau dibiarkan selepas peperangan tercetus.
Iran sedia bertindak balas jika diserang Israel
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi tegaskan Iran tidak mencari peperangan, tetapi sedia bertindak balas jika diuji Israel. Sebarang serangan terhadap Iran akan dibalas dengan serangan lebih besar.
Anak lelaki Osama bin Laden diusir dari Perancis
Omar Laden yang merupakan anak keempat kepada Osama didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.
Rakyat Lubnan dipaksa tidak ke laut
Nelayan-nelayan yang tinggal di Sidon, Lubnan khuatir punca pendapatan mereka terus terjejas selepas amaran yang dinyatakan oleh Israel untuk tidak pergi ke pesisir negara itu. Akibat larangan itu, para nelayan terpaksa tidak berganjak untuk melakukan rutin harian mereka mencari rezeki di laut dan kekal di darat.
Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.