awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/10/2024
12:44 MYT
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pembentangan rang undang-undang (RUU) berkaitan akta baharu sektor ekonomi gig dijangka dibuat akhir tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Jelasnya, ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara terawal menggubal perundangan khusus membabitkan pekerja sektor tersebut.
"Walaupun kita tahu ini akan beri implikasi kewangan yang agak berat tapi kita harus ambil kepedulian.
"Kita akan membincangkan perkara ini secara terperinci dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan sekrteriat yang akan beri beberapa input selepas perundingan dengan universiti terutama Universiti Malaya yang telah beri pandangan termasuk dari segi perundangan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI, pada Isnin.
Selain itu, Ahmad Zahid juga mahu isu keselamatan sosial dan kesihatan terhadap pekerja gig diberikan tumpuan, termasuk liputan yang cukup oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bukan hanya ketika bertugas, malah 24 jam sehari.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#ekonomi gig
#perkeso
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan